
MENGAPA GAMAT EMAS MENJADI PILIHAN ANDA??
Sejak kebelakangan ini, masyarakat Malaysia semakin mendekatkan diri untuk mengamalkan perubatan tradisional yang dimodenkan. Kefahaman ke arah produk kesihatan yang berasaskan bahan semulajadi ini semakin popular memandangkan ia dapat mengelakkan pendedahan bahan- bahan kimia yang mungkin memudaratkan kepada system tubuh manusia.
Berdasarkan ini, Syarikat Gamat Emas Sdn. Bhd. (GESB), memberikan penekanan terhadap penghasilan dan pemasaran produk- produk kesihatan dan penjagaan badan yang berkonsepkan traditional yang telah diubahsuaikan mengikut citarasa dan formulasi terkini. Gamat antaranya, merupakan produk yang mendapat keyakinan nenek moyang kita sejak turun temurun lagi.
Fokus kami adalah untuk mmengkomersialkan produk- produk sedemikian yang diolah semula agar dapat memenuhi citarasa tempatan di samping memperkenalkannya ke pasaran antarabangsa. Produk- produk lain yang berasaskan kesihatan juga mendapat penelitian kami untuk dijalankan penyelidikan sebelum diketengahkan sebagai koleksi penjagaan kesihatan GESB. Konsep memasarkan produk tradisional berkualiti menekan ke arah pengetahuan dan pemahaman mengenai produk, sokongan teknikal yang berterusan dan mengutamakan kepuasan pengguna merupakan teras di mana kami akan memperkenalkan kepada selera pasaran semasa. Bagi memastikan kemantapan kualiti produk, kami menjalinkan usahasama dengan SIRIM Berhad dan melantik Pro. Dr. Ridzwan Hashim sebagai Konsultan GESB.
No comments:
Post a Comment